using contact lens? do PM me :)

I'm selling Contact Lens virtually . do browse HERE for more details :)

Monday, December 26, 2011

Jenayah Akademik

assalamualaikum beautiful readers.

last week semua orang pun duk kecoh pasal Adam Adli, Panglima Perang semua kan. agak gempar juga. at first, Manis rasa berani juga si Adam Adli ni. tak takut kena gantung posting ke? but lama-lama rasa macam kelakar pula. lagi-lagi bila ada video respons Panglima Meludah tu oleh Panglima Facebook.

Manis tak nak ulas pasal tindakan Adam Adli turunkan bendera mahupun panglima dan isu skandal-skandalnya serta isu Aiman pelajar UTM yang kononnya mencabar Adam Adli ini. bagi saya, Aiman ni macam kaki ampu je . oops. no komenlah, betol atau salah, i have to offrecord my personal opinions:) . Just nak ulas pasal iu mahasiswa dan ketaksuban terhadap sesuatu perjuangan sehingga menjadikan perjuangan yang murni itu akhirnya menjadi jenayah kepada prestasi akademik mereka sendiri.


Istilah "jenayah akademik" yang Manis utarakan ini bukanlah berhasrat dalam mematikan semangat perjuangan, demokrasi dan sebagainya dalam diri pelajar, tetapi sebagai satu istilah yang tidak sinis ditujukan kepada para mahasiswa khususnya yang terlalu obses dengan perjuangan masing-masing sehingga pelajaran terabai.

Manis yakin, di dalam kalangan readers sekalian yang masih bergelar pelajar, mesti ada beberapa sahabat anda yang aktif dalam pelbagai aktiviti luar kelas sehingga sering tidak hadir or istilah mudahnya ponteng kelas bukan? especially untuk pelajar yang bergelar status MPP, JPP dan sebagainya. dan Manis akui sendiri, Manis sendiri pun termasuk dalam golongan itu semasa bergelar status ahli JPP.


Mahasiswa yang aktif ini sering dipandang tinggi oleh pihak pentadbiran dan orang sekelilingnya, namun ada juga yang kerap mengeji terutama golongan yang mendengki atau mungkin juga segelintir pensyarah yang tegas akan kehadiran. jujurnya, seorang mahasiswa yang cemerlang itu haruslah bukan sahaja baik dan aktif, malah dalam masa yang sama, mantap dari komitmennya terhadap kelas dan pelajaran. tetapi, dalam konteks jenayah akademik ini, kebiasaannya, para mahasiswa/pelajar yang aktif di dalam politik kampus, dakwah kampus, akan mengurangkan komitmennya terhadap pelajaran dan seterusnya pelajaran mereka terabai. maka dari sini wujudlah jenayah akademik itu. perjuangan dan tanggungjawab di luar kelas telah menjadi jenayah kepada bidang akademik mahasiswa terbabit.


Memberi komitmen yang menyeluruh kepada tanggungjawab yang diamanahkan bukan bermakna kita harus mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar. tanggungjawab sebagai pelajar seharuslah sentiasa menjadi yang utama meskipun dikelilingi dengan pelbagai bebanan tanggngjawab MPP, JPP dan sebagainya. jika mahasiswa bijak menguruskan masa, Manis yakin, tiada pensyarh yang akan merungut bila mahasiswa aktif di dalam sesuatu bidang luar kelas. malah akan lebih menggalakkan lagi.


menjadi pemimpin ialah satu tanggungjawab yang mulia dan murni tambahan lagi jika perjuangan anda itu berunsur Islam namun tanggungjawab sebagai pelajar haruslah seiring. jangan kerana taksubkan perjuangan, perjuangan anda telah menjadi jenayah kepada keputusan akademik anda sendiri. perjuangan itu tidak salah, tapi disebabkan kecuaian sendiri, ia telah menjadi jenayah. entry ini saya tujukan kepada diri sendiri sebenarnya, tapi juga untuk berkongi dengan rakan pembaca :)



potpetpotpet : melihat tindakan Adam Adli, Manis rasa sudah sampai masa pihak kerajaan untuk memperbaiki kepimpinan sendiri dan bukanlah bertindak dengan kekerasan. rakyat sudah mula bersuara bukan? ;)

1 tukang dengar: