Saturday, October 16, 2010

belasungkawa yang terlewat : Ahmad Syamil Bin Basri

sumpah aku tak tahu nak mula dari mana entry ni. badan ku kaku, jari ku kelu, hati ku meruntun pilu. ya Allah, kuatkan semangat aku ini.


2008,

"..manisannnn manisannnn masammm masamm manisssss..!!!." nyanyi riang dia memanggil nama aku. marahnya aku bukan kepalang. geram pun ada. dalam hati, ish nak kene cili ke budak ni mulut dia.


" *&^%$$@@#@(# syamilllllllllllllllll !!!!!!!!!! T____T " . balas aku pula. nanti ang mil. eee sabar je lah kan. kataku dalam hati.


teringat kenangan aku dengan arwah. masa tu, masa fresh3 baru masuk maktab. lebih kurang sebulan lepas minggu orientasi. aku pun tak berapa kenal sangat dengan dia. yang aku tahu, dia ni spesies kanak- kanak hyper agaknye. tak reti duk diam. aktif tak kira tempat. sengal pun ada. tapi ramah je dia tegur aku walaupun dengan nada mengejek. tapi sumpah, sikit pun tak terkesan di hati. bagiku, hanya sekadar gurauan biasa sesama rakan berlainan jantina. sedikit sebanyak, menggeletek jiwa juga.



syamil kelakar sangat. selalu duk main acah acah tepi tingkap bila lalu kelas dia. ingat aku tak nampak? haha kantoi tak fokus masa lecturer bagi kuliah. dia rajin, dia tak berkira, suka mengusik. banyak lagi lah. suara pun sedap. pernah tangkap cintan dengan suara beliau. suara ok, suara. siapa sangka orang sekecik dia tu, bersuara lantang. laungan azannya memang mendamaikan..



syamil, aku dapat rasakan yang ang bakal jadi cikgu yang berkebolehan. pandai menyanyi, mengaji, azan, muzik, belajar, baik. insyaAllah lengkap sebagai pendidik. mesti seronokkan jadi anak murid ang. bila mengantuk dalam kelas je, boleh nyanyi, main muzik. seronoknye :)



aku ingat lagi masa berlatih pergerakan asas minggu lepas. ang cabar aku buat pergerakan gelung rotan tu. tapi aku tak reti. tengok- tengok ang pun dua kali lima dengan aku. haha lawak je :'D .



tapi,

semua tu dah berlalu. sekarang yang ada hanya kenangan. masa Ros datang bagitahu yang ang dah tak ada, jantung aku berdegup laju. pagi tu, baru je aku nampak ang dok intai- intai. petang ang dah kembali kepada-Nya. semuanya terlalu pantas. aku tak sempat nak belajar gitar dari ang pun. kami semua sayang dan rindu kat ang, mil. ya Allah, sebaknye hati ni..



malam tu, sejuk sangat. ang dah tak ada. lemah seluruh jiwa hati ni. suasana dekat maktab pun sayu je. hening. senyuman aku, turut pergi bersama ang, mil. aku tengok Nora, aku sedih. bila aku rindu, aku bukak page FB ang mil. setiap kali aku ingat kat ang, Al- Fatihah turut aku hadiahkan, meskipun hanya di dalam hati. moga ang tenang di sana, mil. insyaAllah, ang di tempatkan di tempat orang yang beriman. Amin...




payahnya nak terima hakikat yang ang dah tak ada. tapi, akan aku dan rakan- rakan teruskan perjuangan kita untuk mendidik dan menuju ke jalan Allah. ang sahabat kami dunia akhirat, mil..



potpetpotpet : aku turut Google nama ang mil, macam yang Jay buat. sini sana nama ang mil. menitik lagi air mata tengok wajah ang.. :(

7 comments:

shada wentz said...

al fatihah :(
semoga dia dimasukkan dlm golongan org beriman.
amin.

~cik manis~ said...

amin... :(

cKyN WaN said...

sedihnye baca entri ni =(

skieyn said...

kami yg jauh ni pun terasa, apatah lg yg dekat dgn arwah

Piipy said...

=( be strong, be tough...cheer up~life still have to go on

~ceRRy beRRy~ said...

al-fatihah buat arwah..

sedih akak baca entri nih ;(

nba-Nur said...

Al-Fatihah untuk arwah.. Sedih baca entri Cik Manis. Kak Nur pun tahun ni kehilangan seorang rakan sekerja.. Umurnya baru 26 tahun, tapi Allah lebih menyayangi Allahyarhamah.