malam itu, sejuk sangat.
aku marah budak kecil,
aku tahu dia hati kaca,
mudah retak, mudah pecah.
tapi aku degil.
sebab benci,
itu terjadi,
sebab sayang,
itu terjadi.
benci nya itu,
bukan dari aku,
sayang nya itu,
kepunyaan aku,
Tuhan sahaja yang tahu
budak kecil,
siang itu,
kakak menghubungiku,
perbualan maya menjadi medanku,
aku disuruhnya kuat memberi cintaku,
untuk membahagiakanmu,
kerana dia bakal menjadi menantu,
dan ingin kekal ke hingga anak cucu.
tapi bukan denganmu,
dengan insan yang dia temu,
yang hadir dalam mimpi ketika berteleku.
budak kecil itu,
biasa sahaja,
tapi dia kenal aku lebih dari aku kenal aku.
dia memang sentiasa teramat tersungguh tersangat hebat
budak kecil,
aku haramkan segala kedukaan menimpa dia,
larangi segala kebencian mendekati dia,
sedari awal aku menjadi saksi kegelapan dia,
denting mana tiada yang berpaut kepada kejujurannya,
tapi dia ada aku
budak kecil,
larinya dia tiada menggoncang dunia,
tiada bisa mengubah perjalanan masa,
tapi,
hilangnya dia,
mampu meruntuhkan kekuatan seseorang bernama "aku",
bisa menjahilkan pemikiran si "aku",
biar si celaka menjelik kepada kamu,
tapi Dia dan aku tidak pernah berpaling darimu.
kamu tahu kan?
budak kecil,
kuat yah?
diamnya kamu ialah sakitnya aku.
sedihnya kamu, getirnya aku,
hilangnya kamu, matilah aku.
14 comments:
untuk seorang kawan perempuan kan?
puitis, tapi tak faham :DD
this is for kid rite?
tamao risau sgt k :)
sweet...
sgt bermakna setiap kata2 tuh..
tp akak x paham sgt..
hehe..
budak kecil akan sentiasa jadi budak kecil
sweet mcm manis..utk adikkah??
utk adikkah?? sgt manis..
aiyoo lu orang..boipren laa..aiyaa...tamu suluh suluh laaa..sula telang maaaa..hehehe.
eh anon ni. dh la anon.
hehe..aiya apa malu2 moi..biasa maa..kelakuan saja mau jaga,...bukan itu jaga guard..jaga itu "tepuk dada tanyalah iman"..
salam... :-)
tenks mr anon :)
corak penulisan mencerminkan peribadi kita..i know u..
corak penulisan mencerminkan peribadi kita..i know u..
Post a Comment