Monday, November 23, 2009

doakan tangan ajaib itu sembuh. tolong.

My emotion is unstable during these two days back. insiden per insiden yang tidak diingini menerjah ke dalam lukisan harian. ibarat kata pepatah orang Melayu, malang tidak berbau. semalam ibunda tercantik di dunia dimasukkan ke wad kerana jatuh tangga semasa mengecat. she broke her arms and above. tulang terkeluar dari soketnya dan ada tulang kecil yang patah.
kemungkinan ibunda aku itu akan dibedah untuk memasukkan besi.
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ibundaku. Semoga kondisinya semakin stabil dan dibenarkan pulang ke mahligai keluarga Haji Shukur.


sepanjang ibuku di hospital, baru aku akui, naluri keibuan itu sangat dekat dengan permata hatinya. kamu mungkin selalu membayangkan naluri keibuan itu melaui kotak hitam televisyen kamu bersandarkan kisah Khabie Khushie Khabie Gham di mana Jaya Batchan merasai kehadiran Shah Rukh Khan di rumah. Hakikatnya, ia lebih dari itu. ia magikal tapi realistik.


di saat ibu aku menahan kesakitan tangan dan kakinya itu, ibunda masih lagi memandangku yang cuba beraksi kental tapi gagal menyembunyikan kesedihan melihat kondisi ibunda. "kesian anak ibu. letih ya?" ujar ibunda.


betapa menggunungnya kasih aku kepada ibunda, melangit lagi kasih ibunda kepadaku. ibunda, keletihan anakanda mu ini tidak patut dikasihankan. ini tanggungjawab. ini cinta. segala sesuatu untuk ibu. Not because you're my mother, but because i believe you deserve the best things that a child can offer.


saat melihat ibunda ku bersantap dengan penuh kasih, aku perhatikan kedutan kekentalan di wajahnya. kedutan itu bagi aku sangat menawan. sebab itu kedutan tanda kesan cinta seorang ibu kepada anak. kedutan menahan sabar membela zuriatnya menjadi seorang manusia. demi kesenangan anak keturunannya kelak bukan demi kesenangan masa tua nya.


ibunda, semoga ibunda cepat sembuh. tangan ibu cepat pulih. sebab Manis rindukan segala hasil dari tangan ajaib mu itu. i love you ibu :)


potpetpotpet : busy ke hospital. kembali berblogwalking selepas urusan selesai :)

22 comments:

Anonymous said...

"dimasuki wad"
tatabahasa pelik tu.

Semoga ibu Cik Manis cepat pulih dan dapat bergembira bersama anak-anaknya.
Amin.

:)

cik manis said...

ahaha
tenkiukkk kerna perbtulkan.
:)


aminnn.
smoga dipermudahkan :)

FarhanaLicious said...

harap mak manis tak pape. teringat masa mak masuk ward. Sedih sangat bila tgk mak sakit.

cik manis said...

sgt sdihh :(

epi said...

tanpa die kita bukanlah sape2..mungkin ALLAH nak memberi pahala pada ibunda cik manis atas kesakitan yg d'tanggungnye..bersabar ye,sama2lah kita berdoa agar ibunda cik manis cepat sembuh..aminn..

cik manis said...

insyaAllah itu yg kita hrapkan :)
tenkiu epi

:)

Ahmad Fadli said...

smga dipermudahkan sgla hal..

cik manis said...

insyaAllah. aminn!

perempuan said...

this post reminds me of my late mom. waktu dia di wad dan kemudian masuk icu. sehingga lah dia pergi.
dan memang betul.
walau sakit mana pun dia, sikit pun dia tidak tunjuk.
ibu manusia terhebat bukan?

tabah ya cik manis.
ibumu masih ada untuk mu.
:))

cik manis said...

btul.
ibu manusia gagah x pernah kalah.
sgt hebat.


trima kaseh ya :)

Anonymous said...

manis
aku harap mak ko cepat sembuh

cik manis said...

tenkiu ah fatt :)

Dalila said...

hope ur mom will be okay manis,

ex offc said...

harap ko cukup kuat tuk mengadapi semua ini..........semoga mak ko cepat sihat.....

cik manis said...

lala,
insyaAllah. aminnn.


ir kami,
aku cuba mnjadi kuat.
aminnnn!

Anonymous said...

baguih lew ado anak macam ginieyh..

baguih2!!

moga mak kamu selamat segala-galanya...

amin!!!

DilOt said...

manis pun kene sentiasa senyum dan kuatkan smgt ..demi ibu..

supaya ibu manis lebih kuat dan cepat sembuh nanti..

Unknown said...

sabo k manis... sian sgt kat ibu manis... hope aunty cpt sembuh... naluri jd ibu nih mmg dasat yang... bile sendiri dah jd ibu... sorg ibu takkan tnjk kesusahan diri dia semata2 taknak anak dia risau... :D

diba said...

hope ibu mnis cpt sembuh ye,,,anak yg baik~;D

Berudu Tigarasa said...

+smoga pn. hjh hamidah sembuh cepat.

+manis,sbr yer..

said...

maaf...

lama kak yanie gebu tak singgah di sini

=[

Miss Izah Mohamed said...

insyaAllah semoga smuanya baik2 aje..