Friday, August 28, 2009

hujan di luar dan di hati aku.

malam ini hujan.
Allah turunkan rahmat lagi.
waktu malam. tiada yang sedar.
mudah-mudahan sampai terbit fajar sidiq.


aku suka bau hujan.
bau menggoda buat aku ingat zaman mentah aku.
masa kecil tiada beban masalah.
kalbu bersih terang hati.
kan indah kalau masa itu kembali.


kata ustaz,
doa semasa hujan lebat antara doa yang makbul.
aku keluarkan senjata orang Islam, aku berdoa.
aku pinta hati aku bersih seperti air hujan yang terbentuk untuk neutralkan kotoran bumi.
bukan seperti hujan asid penghakis bumi.
amin.


hujan dah nak surut.
aku belum sempat bercumbu dengan bau nya.
aku belum puas meminta dengan Tuhan ku.
bumi masih lagi banyak tompok celakanya.
rahmat dah nak berakhir.


hujan,
lebatlah lagi.
aku suka kamu.
:)


potpetpotpet : bukan puisi. hanya muntahan otak yang terlintas di kala hujan.

Friday, August 7, 2009

lelaki ajaib bagi saya

kerana hari ini ialah tarikh bermakna buat diri ayahanda serta diri saya, tidak salah saya lakarkan warkah teknologi ini di dalam layar maya ini bukan?:)
entri ini bukanlah untuk mengagungkan atau memuja-muja seorang makhluk ciptaan Allah tetapi sekadar untuk menunjukkan betapa melangitnya kasih sayang seorang anak kepada ayahnya.


sebenarnya, saya tidak perlukan tarikh ini untuk menunjukkan betapa utuhnya kasih sayang saya kepada nya. sebab saya tahu ayahnda dapat merasai kecintaan saya kepadanya walaupun saya tidak mengungkapnya.


sebenarnya, ayahanda adalah satu-satunya lelaki yang memahami saya dari segala sudut.
lelaki yang sentiasa teguh dalam pendiriannya serta tidak pernah betah melayan perangai seseorang macam saya.
lelaki yang tidak keterlaluan saya katakan sebagai pemilik hampir separuh jiwa saya. kongsi jiwa saya bersama ibunda saya. hati saya milik mereka.


bagi lelaki ini, sayalah harta nya. sayalah hadiah termahal dan terbaik untuknya. walaupun saya tidak berjaya menjadi anak yang setiap ibu bapa idamkan, tapi saya tahu, dalam hati nya saya tetap juara. saya tetap terbaik. saya tahu saya tidak bagus tapi saya bangga menjadi yang terbaik untuk mereka.


sebenarnya, ayahanda saya itu manusia biasa sahaja, tapi bagi saya, beliau ialah raja kayangan yang diturunkan untuk memberi kebahagian kepada anak jagaannya.
anak jagaannya yang ada 5 orang sudah cukup untuk memenuhi kebahagiaan di dalam kotak hatinya :)


bagi seseorang yang bernama Manisah, tiada suara yang lebih mendamaikan melainkan suara ayahandanya memberi nasihat. walaupun saya sering degil dan endah tidak endah, tapi tanpa suara keramat itu, saya tiada kekuatan untuk bangkit dari kejatuhan.


jika orang bertanyakan, di manakah lelaki yang berkualiti semuanya hilang?
ingin saya khabarkan, salah seorangnya bersama saya :)


selamat ulangtahun ayahanda. semoga ayahanda sihat selalu, diberkati Allah dan bahagia dunia akhirat. insyaAllah kebahagiaan ayahnda, ialah kebahagiaan anaknda juga. amin :)



potpetpotpet : sudah kembali homesick :(