Friday, November 19, 2010

zaman kecil aku tak cool pun

aku tak ramai kawan lelaki zaman kawan sepermainan, tadika dan sekolah rendah. aku dibesarkan dengan fahaman bahawa perempuan mesti kawan dengan perempuan dan tidak manis berkawan dengan lelaki. seingat aku, semasa kecil dahulu, jika kawan- kawan aku punya ramai kawan terkinja- kinja lelaki, tapi tidak bagi aku. mungkin ada, tapi setakat dikenal- kenal bukanlah mesra macam main kahwin- kahwin atau pondok sebagainya. tak macam kakak aku yang siap ada foto main kawen- kawen lagi. HAHAHA


semuanya sebab ibu aku selalu ingatkan aku,

"Manis, jangan cakap- cakap dengan lelaki, nanti mengandung."


bagi untuk kanak- kanak seawal 4-5 tahun, apalah yang dia tahu dengan proses mengandung ovulasi dan sebagainya. dan sudah tentu lah aku lurus- lurus percaya. dan pegangan itu aku pegang sampailah aku masuk umur awal akil baligh.



masuk sahaja umur 15, ada belajar Sains bab pembiakan dan masa tu barulah aku tahu yang aku kena tipu hidup- hidup oleh ibu aku. setakat bercakap, takkan wujud persenyawaan membentuk fetus. lepas tu mulalah gedik pandai nak main mata dengan jantan. ouh monkey love semua tu dan seingat aku, masa zaman sekolah dulu, budak lelaki memang ngam dengan aku. masa ni lah masa gedik tahap ape entah cari pengaruh dekat budak laki. boooo buat malu je. tapi dah habis sekolah semua dah tak bercontact. sumpah malu ingat balik. biasalah budak kecik baru belajar nak bercinta. lagi- lagi bila mak pak jauh dari sekolah.



sebenarnya aku tak terkilan pun tak punya ramai kenalan dari yang berlainan jenis. bila dah umur sekarang ni baru aku ada lah juga kawan lelaki yang sangat rapat. aku lebih pentingkan kualiti dari kuantiti kot. better kawan sikit tapi boleh diharap daripada ramai tapi bila susah semua hilang. kawan perempuan aku pula memang tak terkira banyaknya. lebih- lebih lagi bila masuk maktab ni cikgu- cikgi semua nak perempuan je laki tak ada. dapat pulak aku ni boleh tahan garang. segedik- gedik aku dengan perempuan pun, bila marah jantan memang laser. pantang betul orang laki mainkan member perempuan aku. makin kuranglah laki nak ngam ngan aku hahaha



cemburu juga bila kawan- kawan bercerita masa raya jumpa balik kawan sepermainan, kawan kecik- kecik. aku tak ada pun. diam je tak cool betol tak ada story nak citer.


tapi apa- apa pun,


syukur juga aku tak dibiasakan bergaul bebas dengan laki. sekurang- kurangnya aku tak adalah buat maksiat tak tentu arah. nak dating pun bawak adik tau. haha ;D


gambar ni brape kali nak uploadd daa dalam blog. aku di zaman toddler. fesyen tudung tanak kalah mesti nak tudung bienda je.




potpetpotpet : aku pun tak tahu apa point aku nak tulis sebenarnya tapi tadi terlihat album kawan perempuan aku bersama lelaki- lelaki yang sangat mesra aksinya. aku yang kolot ataupun dia yang melebih- lebih?

5 comments:

Zeanne said...

xthn bce part yg mak akk ckp mcm tuh...hahaha:D

Nazifa said...

hehehe...
akak plak masa kecik2 mmg main ngan adik kembar lelaki tu je..
xde kawan lain dh.. asyik berkepit ngan dorang..
isk isk...

Pinky Pixie said...

ish, comel je dy. hehe

aha la, rindu zaman kecik2 juga.

cik manis said...

anne : hehe ibu sis mmg klako pun :p

kak ifa : bessttt laa ! rapat ngn adek badek :)


yati : manis pum ;|

Anonymous said...

mak saya penah ckp sebijik cam mak awk ckp....tp mase tu drjah 3. memang x paham "jgn cakap dgn lelaki,nnt mengandung'. Mula faham mase form 3 gak. apa yg sy fhm dr apa yg mak cuba smpaikn, bermula dgn bercakap sebenarnya kita akan ke langkah seterusnya smpaila kalau x kawal akhirnya mngndung sbb terjebak dgn zina...dh byk benda tu terjadi bermula dgn 'bercakap' kn... Allah pon dh pesan- jangan kau hampiri zina....
(^_^)